CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 13, 2009

Ke Kuching Pula.....










































































































Seminggu balik dari Bandung, aku sekeluarga bercuti pula ke Kuching Sarawak 4H3M. Tiket nih aku beli sejak bulan Nov 2008.Air Asia la..Agaknya kalo takde air asia, taklah aku sampai ke sini. Bertolak dari LCCT kol 5pm and sampai kat Kuching International Airport lebih kurang kol 8pm. Amik teksi kat airport terus ke hotel Harbour View. Kuching kali tu ramai orang, nasib aku dah booked awal2. Nape penuh? Sbb ada banyak event kat Kuching time tuh. Antaranya Majlis Raja-Raja conference, TV3 Sure heboh dan reunion AF7. Malam check -in je pastu pi diner kat kedai sebelah Cozy Hotel. Boleh..mee sup dia sedap. Pastu kitorang jejalan ke Kuching Waterfront. seronok aku lihat gelagat eqy, agaknya dia tau dah sampai kot, bila bukak je pintu bilik, nampak katil, dia terus senyum. Golek2 atas tilam..lucu tul tgk dia.

Hari Pertama
Round bandar Kuching, Pergi Pasar Satok sbb hari minggu je dorang ada, beli barang kraf sikit. Pastu pegi muzium lama. petang tu kami pegi seberang untuk beli kek lapis kat Dayang Salhah. Masa nak naik bot tu seram gaklah, sbb pegang anak, pastu suami pulak pegang stroller, cam tak stabil, tapi alhamdulilah, takut jugak tengelam, tapi pakcik yang bawak sampan tu kata, tak pernah dalam sejarah sampan tu tenggelam, kalo adepun kamilah yang dalam sejarah...eee..pakcik nih wat lawak pulak..hahaha..Ingat nak gak makan kat Bistro Bisu, tapi cam tak bukak lagi. So aku beli 5 kek lapis, lain2 perisa. Mak aku nak yg ada asam, aku beli yg masam manis 1, bluberry cheese 1, dan yg lain-lain. Cukup RM50.00. Makan malam pulak kami makan dekat hotel je. Aku trylah makan laksa Sarawak, gan teh c. Alah yg 3 lapis tuh..best giler, sampai sekarang terasa kesedapan makanan tuh.

Hari Kedua
Kami pergi jejalan kat Kuching Sarawak. Amik tour guide dari hotel, Bayaran RM180.00.Ok, selesa lagi. Kami naik kereta Waja.Mula-mula pegi ke Semenggoh Orang Utan, terngaga anak aku, terkuar air liur dia masa tengok orang utan, pastu kami pegi ke Ana Rais Longhouse, jauh perjalanan, tapi sbb anak tido hanya amik gambar dari luar jer, tapi longhouse dia cam dah modenlah. Tak lagi tradisional, yelah manusia pun berubah dorang pun sama jugak. Tul gak. Dari situ kami pegi Jong crocodile farm, Masya Allah banyak tul buaya. Bila dah banyak tuh, jadi seram pun ada. Tengok gambar- buaya makan orang lagi. Takut jugaklah. Pastu singgah ke kedai pasu. Belilah pasu-pasu kecik. Tak mahal pun RM5 jer. Dari situ kami pegi makan lunch. Try pulak ayam penyet. Ok jugak. Lepas tuh sebelum balik hotel kami pegi ke muzium Kucing. Dah sampai Kucingkan, kalo tak singgah ke muzium Kucing rase tak lengkaplah. Balik dari situ jalan banyak tutup sbb polis buat sekatan jalan. Agong , Sultan nak turun . Jadi kawasan Kuching sibuk. Malam tu tak tau nak makan mana, so kami makan buffet kat Hilton. Takpelah dah nak balik, makanlah yg mahal sikit. Lagipun tak tau nak makan mana, semua jalan penuh sbb ada event kereta berhias kat Waterfront. Kira aktiviti tuk Agong, Sultan dan org kenamaan. Kami tengok bunga api pelbagai corak, kereta berhias cantik-cantik belaka.

Hari Ketiga
Lepas breakfast kat hotel terus jalan-jalan kat kedai kraftangan belilah apa-apa sebelum nak ke Airport. Flight ke KL kol 1.55pm. Sampai rumah lebih kurang kol 6pm.

Kesimpulannya best jugak pegi Kuching nih, InsyaAllah aku datang lagi sekeluarga. Apa yang kami beli..? Tak banyaklah. Ikan terubuk masin, kek lapis Dayang Salhah, Baju T-Shirt panjang tuk aku, baju tidor tuk eqy, patung kucing kayu, cute-cute gitu..key chain tuk kawan opis suami aku, hah dan semestinya lada hitam sarawak yg femes tulah...Tapi lain kali aku nak makan kat Top Spot Cafe pulak. Nak try makan midin goreng. Kali nih tak sempat, lain kali kene datang lagi nih.Hehehe

0 comments: