Pukul 11.59p.m ari ni tamatlah tahun 2009, dan bermulalah tahun 2010. Dah 32tahun dah aku nih. Dah tua dah...So azam 2009, hampir semua tercapai. Alhamdulilah...Antaranya:-
Dapat pergi umrah. Kenangan paling terindah.Tak mungkin dapat dilupakan.
Banyaklah apa yg dihajati dimakbulkan olehNYA. Terima kasih Ya Allah.Terima kasih.
Wednesday, December 30, 2009
Goodbye 2009
Posted by Dayana at 7:22 PM 0 comments
Demam lah pulak..
Penghujung tahun 2009 aku diserang penyakit demam yg tak kebah-kebah. aku, suami aku dan eqy pun sama. Tiga hari aku mc, masuk ari ke 4 takkan nak mc jugak kot. Faham-fahamlah kan...Aku berdoa diberi kekuatan. Lemah betul badan aku.
Posted by Dayana at 7:17 PM 0 comments
Monday, November 2, 2009
Jual rumah-Selesa Apartment, Tmn Damai Mewah Kajang




Facilities include swimming pool, kids' pool, balinese garden, playground, gym, multipurpose hall, surau, restoran and convenience store, security guard 24h and covered parking next to elevator.
Additional Information
Located near Silk Highway. Easy access to Kajang town, Semenyih, Cheras, Bangi and Putrajaya. Easy access to any public transport (every 2-3 minutes). Shopping amenities include Tesco, Giant, Billian, Mydin and fastfood restaurants. The unit is complete with grill, lights and security system. Call Saiful 013-3657166 to enquire.
Posted by Dayana at 10:35 PM 0 comments
Labels: Rumah Kajang
Monday, October 26, 2009
Malas...
Posted by Dayana at 6:28 PM 0 comments
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 2, 2009
Kak Yet Dirisik
Posted by Dayana at 10:24 PM 0 comments
Monday, August 31, 2009
Berbuka di Palace of Golden Horses
Posted by Dayana at 6:35 PM 0 comments
Monday, August 17, 2009
Hi-Tea Bersama Farah
Sabtu lepas best friend aku ajak Hi-Tea kat Crsytal Crown kat Kepong. Thank you ye Farah and Afizal, belanja kami makan sekeluarga. Farah kata sambut belated besday aku sekali. Terharu aku. Thank you....Sebenarnya kami dah best friend since tahun 2000.Kami sama-sama belajar kat Uitm. Alhamdulillah rapat sampailah sekarang. Thank you farah...semoga hubungan kita kekal selamanya. Amin.
P/S : nak tau anak-anak Farah comel-comel belaka. Sampai jadi model Smartreader lagik....
Posted by Dayana at 1:15 AM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
Pulau Redang
Besoknya lepas lunch kami terus ke jeti Merang tuk tunggu bot ke Laguna Redang. Trip kami kol 11.30am. Jauh jugak perjalanan nak ke sana. Sbb takut pening dan muntah, aku pejamkan mata. Tapi eqy tak tidor-tidor. Main je keje dia. Tapi bila dah nak sampai ke Laguna, tetiba dia merengek sambil pegang kepala dia. Lah..aku agak mesti kepala dia pening..Tulah Ibu suruh eqy tido, eqy tak mau, kan dah pening tuh.. Sampai je kat Laguna, ada welcome drink, tapi air dia mmg masam, tapi sedap. Minumlah seberapa banyak pun dorang tak kisah. Pastu kami lunch dan check-in. Besar bilik dia. Cantik pulak tuh. bilik aku mengadap pool view, tapi ade jugak yg dapat seaview, jeles jugaklah sikit. Hihihi..Petang tu takde buat apa-apa. Duduk sambil tgk laut jer. Cantik betul.
Hari kedua di Redang aku ikut pegi snorkellingbersama kawan-kawan.Eda, Anum, Ayu n Anita. Aku yang tak tau berenang nih rase ralat jugaklah. Cuba jugaklah tgk-tgk ikan , tapi hampeh rase nak tengelam je.Nasib baik Anita datang bersama org kawan dia bawak pelampung. Kawan dia nih lah yg menarik kami ke mana-mane. Mmg cantik melihat keindahan laut. Ikan pelbagai jenis, Bila bagi makan jer, berebut-rebut datang. Cantik sungguh. Suami aku? Dia tak de. Jaga anak. Hahaha...
Petang tuh cam nak pegi lagi, tapi kami ada telematch. Semua ada 3 group. Dan group aku adalah pemenang yang ke tiga.Hahaha. Kelakar sungguh. Macam-macam game ade, tapi sbb panas permainan cuma 5 kot dan ade game tuk kanak-kanak. Eqy pun dapat hadiah saguhati kutip gula-gula. Hadiah lebih kot...
Malam tu pulak kami ade diner, dan everybody dapat hadiah n everybody dapat hadiah luckydraw. Tapi nak dapatkan hadiah tu aku mmg bekerja keras. Sbb apa, kalo 4 org terakhir yang tak dapat hadiah, kene denda. Disebabkan hal tu jugak aku tak lalu nak makan, automatik kenyang, takut kene denda beb...
Esoknya kami lepas breakfast terus pegi ke bot. Tapi lamanya nak sampai ke jeti Merang. Punyelah penat. Lepas tu kami naik van Laguna dan aku minta dia turunkan kami kat Dara Inn berdekatan dengan airport. Kwan-kawan aku yang bujang terus ke Pasar Payang. Aku tak laratlah. Sbb waktu kat Pulau redang nih aku demam. Badan lemah-lemah. Mungkin sbb pegi melancong terturut-turut.
Besoknya aku mc sbb sakit. Hihihi..
Posted by Dayana at 9:11 PM 0 comments
Labels: Melancong, Pulau Redang
Ke Kuching Pula.....
Hari Pertama
Round bandar Kuching, Pergi Pasar Satok sbb hari minggu je dorang ada, beli barang kraf sikit. Pastu pegi muzium lama. petang tu kami pegi seberang untuk beli kek lapis kat Dayang Salhah. Masa nak naik bot tu seram gaklah, sbb pegang anak, pastu suami pulak pegang stroller, cam tak stabil, tapi alhamdulilah, takut jugak tengelam, tapi pakcik yang bawak sampan tu kata, tak pernah dalam sejarah sampan tu tenggelam, kalo adepun kamilah yang dalam sejarah...eee..pakcik nih wat lawak pulak..hahaha..Ingat nak gak makan kat Bistro Bisu, tapi cam tak bukak lagi. So aku beli 5 kek lapis, lain2 perisa. Mak aku nak yg ada asam, aku beli yg masam manis 1, bluberry cheese 1, dan yg lain-lain. Cukup RM50.00. Makan malam pulak kami makan dekat hotel je. Aku trylah makan laksa Sarawak, gan teh c. Alah yg 3 lapis tuh..best giler, sampai sekarang terasa kesedapan makanan tuh.
Hari Kedua
Kami pergi jejalan kat Kuching Sarawak. Amik tour guide dari hotel, Bayaran RM180.00.Ok, selesa lagi. Kami naik kereta Waja.Mula-mula pegi ke Semenggoh Orang Utan, terngaga anak aku, terkuar air liur dia masa tengok orang utan, pastu kami pegi ke Ana Rais Longhouse, jauh perjalanan, tapi sbb anak tido hanya amik gambar dari luar jer, tapi longhouse dia cam dah modenlah. Tak lagi tradisional, yelah manusia pun berubah dorang pun sama jugak. Tul gak. Dari situ kami pegi Jong crocodile farm, Masya Allah banyak tul buaya. Bila dah banyak tuh, jadi seram pun ada. Tengok gambar- buaya makan orang lagi. Takut jugaklah. Pastu singgah ke kedai pasu. Belilah pasu-pasu kecik. Tak mahal pun RM5 jer. Dari situ kami pegi makan lunch. Try pulak ayam penyet. Ok jugak. Lepas tuh sebelum balik hotel kami pegi ke muzium Kucing. Dah sampai Kucingkan, kalo tak singgah ke muzium Kucing rase tak lengkaplah. Balik dari situ jalan banyak tutup sbb polis buat sekatan jalan. Agong , Sultan nak turun . Jadi kawasan Kuching sibuk. Malam tu tak tau nak makan mana, so kami makan buffet kat Hilton. Takpelah dah nak balik, makanlah yg mahal sikit. Lagipun tak tau nak makan mana, semua jalan penuh sbb ada event kereta berhias kat Waterfront. Kira aktiviti tuk Agong, Sultan dan org kenamaan. Kami tengok bunga api pelbagai corak, kereta berhias cantik-cantik belaka.
Hari Ketiga
Lepas breakfast kat hotel terus jalan-jalan kat kedai kraftangan belilah apa-apa sebelum nak ke Airport. Flight ke KL kol 1.55pm. Sampai rumah lebih kurang kol 6pm.
Kesimpulannya best jugak pegi Kuching nih, InsyaAllah aku datang lagi sekeluarga. Apa yang kami beli..? Tak banyaklah. Ikan terubuk masin, kek lapis Dayang Salhah, Baju T-Shirt panjang tuk aku, baju tidor tuk eqy, patung kucing kayu, cute-cute gitu..key chain tuk kawan opis suami aku, hah dan semestinya lada hitam sarawak yg femes tulah...Tapi lain kali aku nak makan kat Top Spot Cafe pulak. Nak try makan midin goreng. Kali nih tak sempat, lain kali kene datang lagi nih.Hehehe
Posted by Dayana at 7:28 PM 0 comments
Labels: Kuching Sarawak, Melancong
Sunday, August 9, 2009
Trip to Jakarta - Bandung
Ini kat Jalan Cihampelas. Banyak Superhero kat sini. Ada Tarzan, Rambo, Superman.
Berangan jadi pengantin. Dalam restoren ni, ada pelamin, so kitorang pun bergambarlah beramai-ramai.
Yang nih Makan malam kami yang pertama kat Kelapa Garden. Nice place and makanan pun sodap.... Best sangat
Antara FOS yang terkenal di Bandung. Tapi sayang kami tak sempat nak pi pun.
Di ladang strawberi..Takde pun strawberi.Semua dah diambik orang.
Ini pulak kat Puncak.
Ini bilik kitorang. Cantikkan...hihihi
Kami menginp kat sini, tapi kat Jakarta hotel, Grand Alia Cikini.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Pagi-pagi dah bangun lebih kurang kol 2 pg dah siap-siap. Amik Anum pastu terus pecut ke LCCT. Semua check-in lebih kurang kol 7 pg, tapi ada upset news, Miss Liew tak dapat pegi gan kitorang, dia ada masalah passport. Dahlah dari A-Z, dia yang arrange, tapi dia lak yg tak dapat pegi. Dahlah duduk sebilik gan aku. So Anum gan aku dok sebiliklah nanti.
Hari 1 - Sampai je Jakarta sebenarnya Jakarta tengah panas dengan isu pengeboman berani mati di dua buah hotel (Ritz Calton & JW Marriot) sebabnya dia bom sebelum tarikh kami nak ke Indonesia. Tapi masa sampai semua macam biasa jer, cuma tv, rancangan banyak sentuh hal yg mengemparkan nih lah. Dari Jakarta terus ke Bandung, huh...jem giler..Banyak orang Jakarta turun ke Bandung. Jauh giler perjalanan. Ada lebih kurang 5 jam dok dalam van . Sampai jer, lunch dulu..nasi padang, banyak lauk dorang, semua abis licin. tengah lapar benar time tuh. Pastu kitorang terus shopping kat Pasar Baru. Mana sempat shopping, masa dia bagi cuma 2jam lebih jer. Tawarlah sikit. Tak dapat nak round lama, masa terhad. So aku beli 7 telekung, 5 blous kerja, beg mickey mouse eqy dan baju sulam. Kat Malaysia tak pernah aku pakai baju kebaya, hah amik ko, kat sini aku beli sepasang warna biru, baju kurung warna coklat gan tuk adik aku baju kebaya warna coklat gelap. Diner best, kat Kelapa Garden. Kali nih masakan sunda pulak. Sedap masakan dorang. Tempat pun cantik. Sebelum check-in hotel kitorang pi Cidabuyut dulu, tapi aku tak beli apa. Cuma aku beli kerepek pisang chese, tah betul ejaan ke tak. tapi macam tuh lah aku dengar. Bukan main sedap lagi. Aku beli tak banyak, 2 bungkus je. 1 mmg niat nak bagi officemate. Makan ramai-ramai.
Hari 2 - kitorang ke Tangkuban Perahu. Tak dan nak ke Hot Spring, jam giler. So Lunch kat situ je pastu terus ke Strawberry park. Aku tengok cam takde je strawberry kat situ, banyak dah diambil. So aku cuma beli air strawberry je. Sedap giler...Pastu kami ke FOS. Kami ke Heritage, Oasis, Stamp, Formen, Cascade tapi sedih sbb tak gi ke Rumah Mode. Aku teringin nak pi sana, tapi jalannya jam sesangat. Sbb Weekend pastu cuti panjang sbb Israk Mikraj. Aku beli baju tido eqy 5 helai, gan selipar Tommy tuk suami. Tapi banyak2 FOS aku rase Stamp yang paling best, baju banyak pilihan. Tapikan, kaunter bayar satu je bukak, sbb sistem down. Punyelah lama nak menunggu. Aku sorang yang paling lewat sampai kat van. Kawan-kawan aku punyelah mencari aku takut aku sesat. Yelah tempat orangkan... Pastu kitorang pi kat jln Cihampelas, Kat situ banyak orang jual jeans, aku belilah jugak tuk abang aku, jeans Braun Buffle.
Hari 3 - Kitorang pegi ke Puncak. Kat sini ada banyak binatang tapi kitorang duduk dalam van je.Banyak jugaklah snap gambar, nak tunjuk kat eqy... Lepas ke puncak, kami bertolak ke Jakarta lalu highway. Rase cam cepat je sampai banding dari hari mula-mula sampai. Terbalik pulak, Jakarta taklah jam, jalan ok jet. Tapi Bandung, jam tak hingat. Kat Jakarta, kami nak masuk kat Taman Ancol, tapi cam dah lewat, so nak mai-main pun macam malas. So kami try makan bakso special gan air telur leleh, Tak ingatlah nama air tuh, tapi sedap bangat...
Posted by Dayana at 6:21 PM 0 comments