CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 10, 2011

Ujian Di Dunia

Orang buat kita nanti dia dapatlah balasannya.
Sakitkan hati orang nanti Allah balas...Tunggu jelah

Tuesday, February 8, 2011

Rumah Baru..Pajam


















Saje-saje nak attach rumah baru kat blog aku. Hahaha... Jgn marah ye
Daripada,

Kacang Gembira


Kacang oh kacang.... besh giler makan kacang nih. jenama CAMEL...tak masin pun. Mmg besh lah kesimpulannya..Try ler..

Thursday, January 27, 2011

Happy Besday To My Friend

Teringat kat kawan-kawan sekolah. Antaranya my bestfriend Nurul Izzati. Kira kawan susah senang. Bila boring-boring aku ajak jupe kat bus stop. Bercerita sakan...Perkenalan dari naik bas sekolah yang sama, abang ape ye..abang ayop kot. Aku sekolah (P) Pudu, dan Izati sekolah (P) Bandaraya. Dari sekolah menengah sampai kami masuk U, still bestfriend.

Aku sayang kat dia, dia penyabar orangnya. Dulu aku time moody dia boleh buat gelak-gelak lagi. Sampai perangai aku ditegur oleh kawan aku Malathi. Sejak tu aku BERUSAHA tuk menahan moody aku nih. Dan alhamdullilah aku kira berjaya....

Lagi satu , masa aku amik Linguaphone yg berharga ribu riban, time tu aku study kat Uitm, Izati dah berjaya jadi guru, kira dah masyuklah kan, kat dia aku pinjam duit, kekadang banyak gak aku pinjam, tapi orang dah bagi pinjam, aku cepat2 bayar balik yelah takut2 gak terlupa lak. Tu jasa dia yg tak dapat aku lupa sampai akhir hayat aku.

Dia juga menjadi partner aku n lagi sorang kawan bila kami bercuti ke Langkawi..Dulu time belajar Langkawi every year aku pi, cam banyak duit, tapi bila dah keje nak gi Langkawi setahun sekali pun payah...Hahaha...

Sayangnya....bila dia dah jadi guru, network guru-guru nih kuat, dan akhirnya aku telah tersingkir.....tersingkir dari menjadi bestfriend ke friend saje, apatah lagi bila masing-masing dah kawin, lagilah jauh sangat...

Tapi ada inciden yg aku tak tahan yg menyebabkan aku menDELETE nama dia dari phonebook aku. Sedih sangat...hubungan dah jadi hambar....

So dikesempatan ini aku nak cuba hubung balik gan dia, aku nak mintak no hp dia balik, aku nak sambung silaturahim gan dia balik...

kepada sahabatku Nurul Izati, saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir, semoga dimurahkan rezeki dan diberkati olehNYA..Amin.

Tuesday, January 18, 2011

"SELAMAT HARI JADI" ABANG

Sedap..yum..yum..


Aku ucapkan Selamat Hari Jadi kepada suami yang tercinta yang ke 33.Tanggal 17hb Januari 1978 beliau dilahirkan ke muka bumi ini. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. So kalo dapat rezeki tu ingat-ingatlah orang yang tersayang nih...cewahhh..


Ingat nak sambut besday makan special ke, tapi tak jadi lak. Sbb eqy sakit mata, bawak jumpa doktor 2 jam menunggu baru dapat jupe. Lama sungguh. Tapi eqy serasi kot gan ubat tu. Takpelah. So dalam perjalanan balik rumah Pajam, kami singgah makan sate yg dah biase kami makan kat Kajang. Gerai makan Yunos mee bandung. Bagi aku sate dia sedap, compare gan sate samuri. bagi akulah. Pastu panas2 lagi. Tapi kuah sate samuri aku suka lak. Hihihi.


So nak belanja suami aku makan yg special nantilah dulu n belikan hadiah. Pospont jap ye. Sbb buat masa nih banyak duit dan tenaga ke arah rumah. Baru pindahlah katakan.


Daripada,

Sunday, January 16, 2011

Tanyalah Ustaz


Hari Ahad lepas aku tengok Tanyalah Ustaz, tajuk Hak Suami Isteri. Mmg baguslah olahan dan kupasan Ust Amin. Sememangnya aku mmg follow ustaz nih punye rancangan atau blog. Dan kata-kata Ust yg nak aku kongikan bersama.

"Hari ini kita diuji oleh Allah dengan ujian kesedihan, hendaklah kita pergi kepada yang memberikan ujian itu, kerana sesungguhnya Allah yg memberi ujian itu tetapi Allah jua yg memberi penyembuhan tersebut. Ada seorang wanita menangis berjumpa dengan saya tak boleh bercakap cuma menangis tetapi setelah membaca yassin sehingga ayat ke 15 dah boleh bercakap-cakap dengan saya".

Ustaz juga ada bagi tips untuk menangani ujian kesedihan dan melembutkan hati.
1. Mengadu kepada Allah tentang kesedihan kita, Dia yang memberi ujian itu, tetapi Dia juga
yang menyembuhkan.
2. Membaca surah yassin dan surah khafi.
3. Surah Thoha ayat 1-5. Merujuk kepada sikap Saidina Umar yg begitu keras tetapi telah
lembut hatinya untuk memeluk islam kerana mendengar ayat yg dibaca oleh adiknya.
4. Sentiasa membaca al-fatihah untuk orang tersebut. Hendaklah dibaca al-fatihah sentiasa
jangan bila dah ada masalah baru nak baca.Masa tuh macam lambat sikitlah nak baiknya. Lepas tu sebelum masuk tidor ke tiup kat ubun kepala org itu. InsyaAllah usaha ini akan diberkati oleh Allah S.W.T.

Daripada ,

Komuter.. ohhh... komuter

Setiap hari cam nih...BORING!!!!!!!


Apalah komuter nih. aku ari jumaat lepas dapat komuter kol 7.20mlm.Dari kol 5.30ptg aku tunggu. Aku cam tak sanggup nak naik komuter lagi. Tupun aku naik yg ekspress punye. Tapi tak turun kat batang benar. Aku turun kat Nilai, n dari nilai stesen suami aku amik kat depan mydin nilai. Punyelah lenguh2 badan aku nih. nasib baik suami aku beli jer lauk dari luar, so takdelah aku memasak cuma mak mertua aku jer yg masak nasi. Sampai bila semua ini akan berakhir? Cepat2lah MRT tu siap..